Bagaimana memulihkan fail hilang di OS X

Jika anda telah hilang dokumen, imej, video atau muzik di Mac anda, kami boleh membantu! Perisian Disk Drill kami akan membantu memulihkan fail hilang di Mac OS X tidak kira sama ada mereka berada di cakera keras dalaman atau luaran Mac, kamera atau pemacu denyar USB anda.
Bagaimana memulihkan fail hilang di OS X
Disk Drill merupakan perisian pemulihan data terkemuka bagi Mac. Ia mudah dipasang dan dijalankan. Anda tidak perlu menjadi pakar computer atau mempunyai pengetahuan istimewa untuk menggunakannya.

Kerap kali apabila anda telah hilang, terpadam atau mengeluarkan fail dengan silap dari cakera atau pemacu, fail-fail tersebut masih di sana – cuma anda tidak dapat melihatnya. Disk Drill akan mencari data yang “tidak kelihatan” ini dan membantu anda memulihkannya. Ia menggunakan tiga kaedah imbas berlainana, dan beberapa algoritma pemulihan cakera untuk membaiki cakera anda (jika diperlukan) dan membolehkan Mac anda memulihkan data terpadam itu.

Di bawah ini anda akan mendapati satu ringkasan gambaran keseluruhan bagaimana memulihkan dokumen Mac anda yang hilang. Bagi tutorial terperinci, lihat Bagaimana Pasang Disk Drill and Bagaimana Memulihkan Data yang Hilang dengan Disk Drill Basic di Pangkalan pengetahuan kami.

#1 Muat turun dan Pasang

Langkah pertama dalam pemulihan data hilang di Mac OS X ialah muat turun dan pasang app Disk Drill. Cuma klik butang Muat Turun yang terletak di atas halaman ini untuk bermula. Disk Drill Percuma membolehkan anda imbas pemacu anda dan menentukan sama ada fail anda mempunyai peluang yang baik untuk dipulihkan. Upgrade ke Disk Drill PRO akan membolehkan anda menyelesaikan proses pemulihan.
  • 1Muat Turun Disk Drill
  • 2Seret ke Folder Aplikasi
  • 3Lancarkan Disk Drill

#2 Lancarkan Disk Drill

Sebaik sahaja anda telah memasangkan Disk Drill, teruskan dan buka program tersebut. Pada pertama kali anda membukanya, ia akan menanyakan anda beberapa soalan. Kami mengesyorkan anda biar kotak-kotak tersebut ditandakan dan terus kepada window utama. Di sana anda akan dapat semua cakera yang telah dikesan oleh Disk Drill yang bersambung dengan Mac anda. Pilih cakera (dan partisyen jika diperlukan) di mana anda ingin memulihkan data anda yang hilang di Mac OS X.

#3 Imbas Cakera Anda

Untuk memulihkan imej yang hilang di Mac anda (atau fail data lain yang hilang), anda pertamanya perlu imbas cakera anda. Klik butang Memulihkan bersebelahan cakera tersebut dan Disk Drill akan menjalankan semua kaedah imbasannya, satu demi satu.
Jika butang itu menyatakan “Membina Semula” dan bukan sebaliknya “Memulihkan”, ini bermakna ia telah mengesan bahawa pemacu perlu dibaiki. Klik Membina Semula untuk meneruskan. Sebaik sahaja kerja membaiki selesai, ia akan mula mengimbas. Anda boleh pasti yang anda akan dapat memulihkan apa-apa dokumen yang telah dikeluarkan di Mac anda tidak lama lagi. Imbas Cakera Anda

Lindungi Fail Anda dan Tidak Perlu Bimbang

Cara yang terbaik untuk memulihkan fail hilang di Mac anda ialah dengan melindunginya terdahulu! Dengan cara ini, anda tidak perlu bimbang lagi. Disk Drill menawarkan pelbagai cara untuk melindungi data anda secara percuma. Peti Besi Pemulihan, Pemulihan Terjamin dan pemantauan S.M.A.R.T.
Lindungi Fail Anda dan Tidak Perlu Bimbang

#4 Semak Data yang Dijumpai

Semasa Disk Drill mengimbas cakera anda untuk memulihkan data yang hilang di Mac, satu window akan memaparkan semua fail yang telah dijumpai setakat itu. Ambil perhatian bahawa ada setengah fail yang mungkin tidak mempunyai nama fail asalnya. Tetapi anda boleh menyusun keputusannya mengikut tarikh, saiz dan jenis fail.
Klik ikon “mata” di sebelah setiap fail untuk previewnya dan lihat sama ada ia dalam keadaan baik – preview adalah penting sebab inilah satu-satunya cara mengetahui sama ada fail itu rosak. Semak Data yang Dijumpai

#5 Mengenalpasti Foto dan Imej Hilang

Disk Drill terutamanya baik dalam memulihkan foto terpadam di Mac OS X. Jika anda ingin memulihkan imej terpadam, anda biasanya boleh mengenalpastinya di keputusan imbasan dengan menggunakan jenis fail menu jatuh-bawah dan memilih “Gambar”. Ini akan menyempitkan keputusan carian kepada jenis fail imej tersebut. Seterusnya anda boleh preview imej dan menentukan yang mana satu yang boleh dipulihkan.

#6 Upgrade ke Disk Drill PRO

Sebaik sahaja anda telah preview fail anda dan mengenalpasti data terpadam yang ingin dipulihkan, anda bersedia untuk upgrade to Disk Drill PRO. Semak edisi Disk Drill yang boleh didapati dan teruskan dengan proses upgrade.

#7 Memulihkan Fail Hilang di Mac OS X

Setelah upgrade, kembali ke keputusan imbasan dan tandakan kotak di sebelah setiap fail yang ingin dipulihkan, seterusnya klik butang Memulihkan. Memulihkan Fail Hilang di Mac OS X
Itu sahaja! Hanya tujuh langkah mudah diperlukan untuk anda memulihkan foto terpadam di Mac anda… atau dokumen… atau apa-apa jenis fail yang lain. Cubalah dan klik butang muat turun di atas halaman sekarang.

Disk Drill berfungsi dengan terperinci

Apabila Disk Drill perlu melihat struktur teras fail-fail, ia tidak kira sama ada cakera anda FAT, NTFS, dsb. App pemulihan data hilang bagi Mac kami menggunakan semua pengetahuan tandatangan fail demi meletakkan semula semua baki serpihan bersama. Sebaik sahaja ia mengenalpasti tandatangan binary ia dengan mudahnya memulihkan fail hilang seperti .jpg, .doc, .xls, dsb.

Jangan tunggu — pastikan fail anda selamat!

Disk Drill 3
Ketahui Bagaimana Memulihkan Fail Yang Hilang di OS X Sekarang!
  • 10+ Juta
    JUMLAH MUAT TURUN
  • 500,000+
    PELANGGAN PRO
  • PENGGUNA BUSINESS & HOME
    dalam 150+ negara

Apa yang dikatakan oleh pengguna dan guru perisian

  • WebFox
    Saya sudah menggunakannya untuk beberapa ketika sekarang, dua kali saya perlu mendapatkan semula fail dan/atau aplikasi yang rosak dan pemulihan berlaku dengan cepat dan mudah. Ia jauh lebih bagus daripada versi sebelum ini yang saya uji. Saya menggunakan Versi Pro sekarang. App ini adalah satu kemestian bagi sesiapa sahaja.
  • Disk Drill maju seiring dengan arus modenisasi, yang terus mendapatkan semula fail dan sesekat yang hilang sejak bertahun lamanya. imbasan dalam aplikasi memerlukan kurang daripada sembilan minit untuk selesai mengimbas pemacu 16 GB. Erik Eckel