Mendapatkan kembali fail secara mudah

Kehilangan dokumen atau dokumen pembentangan penting adalah sesuatu yang serius, dan begitu juga dengan kehilangan foto yang mempunyai nilai sentimental. Syukurlah adanya satu penyelesaian yang boleh mendapatkan kembali fail walaupun ia telah hilang dari Tong Kitaran anda. Katakan Hai kepada app Disk Drill yang maha berkuasa! Disk Drill bagi Windows juga boleh membantu anda mendapatkan kembali fail-fail kad SD yang hilang.

fail pemulihan
Mendapatkan kembali fail bagi Windows
?

Mendapatkan kembali fail adalah satu tugas yang yang penting yang tidak boleh gagal. Disk Drill merupakan satu penyelesaian yang anda boleh percayai untuk mendapatkan kembali fail walaupun selepas Tong Kitaran Semula anda telah dikosongkan. App mendapatkan kembali fail kami yang hebat menawarkan pelbagai algoritma yang fleksibel bagi memulihkan fail anda dalam masa yang singkat, bergantung kepada kes kehilangan data anda!

Adalah satu idea yang bagus untuk memastikan kadar pemulihan yang lebih baik dengan mencabut plag peranti storan yang mempunyai fail terpadam sebaik sahaja anda sedar bahawa setengah fail penting telah hilang. Dan tentunya, lebih cepat – lebih baik! Dan juga pastikan anda menyimpan cakera keras dengan fail terpadam dalam satu kes luaran sehingga anda bersedia untuk mendapatkannya semula.

#1 Pilihan terbaik bagi mendapatkan kembali fail adalah sungguh jelas!

Muat Turun Disk Drill bagi Windows dan lihatlah ia merupakan penyelesaian muktamad kepada kebimbangan anda. Walaupun, tiada salinan sandaran bagi fail terpadam dan Tong Kitaran Semula telah pun dikosongkan, app ini masih menawarkan peluang yang amat tinggi bagi mendapatkan kembali data anda. Sistem Windows berfungsi dengan cara di mana walaupun fail telah terpadam dan mungkin tidak boleh diakses lagi, ia masih wujud di suatu tempat di dalam sistem tersebut sehingga ia telah ditulis semula dengan data baru. Itulah sebab betapa pentingnya untuk berhenti menggunakan storan sehingga selesai percubaan pemulihan fail.

Kaedah yang ditawarkan oleh Disk Drill mempunyai kekuatan serta keupayaan serba boleh yang mengagumkan. Anda boleh mendapat manfaat dari Quick dan Deep Scans, Lost Partition Search, Catalog Rebuild dan lain-lain lagi. Dan jika anda tertanya-tanya bagaimana mendapatkan kembali fail secara percuma, kami mempunyai jawapan itu! Disk Drill edisi percuma boleh memulihkan sehingga 500MB data secara percuma!

  • Muat Turun Disk Drill
    1

    Muat Turun Disk Drill bagi Windows

  • Pasangkannya
    2

    Pasangkan perisian itu

  • Lancarkan Disk Drill bagi Windows
    3

    Buka Disk Drill

#2 Mendapatkan kembali fail dan mendapatkan kembali kad SD jika diperlukan

Sebaik sahaja anda memasangkan dan membuka app, Disk Drill akan menyenaraikan semua cakera yang ada bagi pemulihan termasuk kad SD yang bersambung kepada mesin anda. Pilih yang mana yang anda ingin mendapatkan kembali fail itu. Klik butang “Memulihkan” untuk memulakan imbasan percuma.

Mendapatkan kembali fail dan mendapatkan kembali kad SD

#3 Susun dan tapis

Selepas Disk Drill telah melakukan imbasan, anda berkemungkinan dapat melihat, menyusun dan menapis fail yang boleh didapati semula.

Susun dan tapis

#4 Tetap sewajarnya

Walaupun Disk Drill menawarkan kadar pemulihan yang terunggul, masih lagi terdapat langkah berjaga-jaga yang kami mengesyorkan kepada anda.

Mengimbas lapisan mendalam sistem anda - mendapatkan kembali lebih fail

Sememangnya reaksi cepat terhadap kehilangan fail adalah scenario yang terbaik tetapi ia tidak sentiasa berlaku sedemikian. Jadi, apa yang harus dibuat jika fail telah terpadam pada suatu masa dahulu dan berkemungkinan telah ditolak keluar oleh beberapa data baru? Quick Scan tidak lagi merupakan satu pilihan. Caranya ialah menggunakan Deep Scan. Kaedah ini berfungsi menerusi lapisan mendalam cakera untuk mengesan dan mengenal pasti fail tandatangan digital dan mendapatkan kembali fail yang jikalau tidak mungkin dikatakan hilang selama-lamanya. Disk Drill mempunyai pengetahuan mengenai tandatangan fail yang mengagumkan dan dimuatkan lagi dengan setiap keluaran baru. Bilangan jenis fail yang disokong adalah banyak!

Disk Drill merupakan app pemulihan yang terbaik

Ketahui bagaimana untuk mendapatkan kembali data di Mac OS X. Preview fail dengan imbasan percuma.

Ketahui lebih lanjut mengenai Disk Drill

Universiti pemulihan fail

Apa yang orang lain berpendapat mengenai Disk Drill

Diguna oleh syarikat terkenal di dunia