Pemulihan Data Linux - Bagaimana

Disk Drill memulihkan hampir apa-apa jenis fail, termasuk yang spesifik bagi sistem eko Linux – penanda buku Firefox dan fail sesi, dokumen Gnome Office, projek kreatif GIMP, foto, video, PeaZip, Xarchiver dan fail File Roller yang telah dimampatkan, fail muzik dan sebagainya. Disk Drill dengan mudahnya dapat memulihkan fail terpadam di cakera keras Linux jika ia belum lagi ditulis semula oleh data yang lain.
Pemulihan data Linux di Mac OS X

Bersedia Dan Mulakan Pemulihan

Linux adalah baik untuk para profesional OS, tetapi computer Linux juga adalah terdedah kepada kehilangan data tidak sengaja seperti yang lain. Apabila memerlukan perisian pemulihan fail Linux, Disk Drill akan menangani pemulihan cakera keras Linux secara berkesan.

Disk Drill sedia ada bagi Macs and komputer Windows, ini bermakna ia akan dijalankan di Mac OS X (atau macOS) atau Windows, bermula dengan Windows XP. Masih tiada Disk Drill yang disusun untuk berjalan di Linux lagi, tetapi kami sedang mempertimbangkannya sebagai satu pilihan di masa depan. Buat sementara ini, untuk memulihkan data Linux terpadam, anda hanya perlu sambungkan cakera keras atau apa-apa alat storan data yang lain, di mana data Linux hilang ke computer yang lain yang telah dipasangkian dengan Disk Drill (sama ada Mac atau Windows). Sebaik sahaja ini diselesaikan, pastikan cakera itu dikenalpasti oleh sistem tersubut. Jalankan Disk Drill, dan bersedia untuk melihat data terpadam yang dipulihkan.
  • 1Sambungkan ke peranti yang mempunyai data hilang
  • 2Jalankan Disk Drill
  • 3Imbas dan pulihkan

Ketahuilah Di Mana untuk Menyimpan Data yang Dipulihkan

Apa yang terbaik ialah, Disk Drill Edisi Basic bagi pemulihan fail Linux adalah percuma. Anda boleh mencari data terpadam dan preview fail anda untuk memastikan ia boleh dipulihkan, dalam masa beberapa minit sahaja.

Satu kes pemulihan cakera keras 1TB yang mudah mungkin mengambil masa dari 5 hingga 20 minit, dan jarang lebih lama. Imbasan mungkin boleh mencari dari 50% ke 100% data Linux terpadam, dengan peluang pemulihan sebanyak lebih kurang 95%, berdasarkan pelbagai faktor. Disk Drill memastikan kadar pemulihan tertinggi kerana kaedah pemulihan datanya yang mendalam, termasuk Lost Partition Search dan Deep Scan. Walau bagaimanapun, hanya terdapat satu cara untuk mengesahkan apa data yang boleh dipulihkan – preview fail secara langsung. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenainya di laman web kami dan di pangkalan pengetahuan.
Sebaik sahaja imbasan selesai, anda akan bersedia unuk pemulihan fail Linux. Pastikan anda tidak memulihkan data terpadam Linux di cakera yang sama yang anda sedang mengimbas, ini mungkin menyebabkan bukan sahaja pemulihan yang berkualiti buruk, malah juga baki data yang yang masih tinggal tidak boleh disahkan, kerana ia telah ditulis semula. Secara amnya, amat penting sekali untuk berhenti menggunakan cakera keras anda sebaik sahaja anda menyedari data telah dipadamkan dan perlu didapati semula.

Jalankan satu Pemulihan Bersatu

Antara muka pengguna Disk Drill adalah mudah dan jelas. Sebaik sahaja anda melihat sumber cakera di senarai, teruskan dan klik butang “Memulihkan”. Ini adalah pilihan bersatu yang akan menjalankan semua algoritma pemulihan data yang terdapat di cakera satu demi satu. Dalam kebanyakkan kes, ia adalah sperti mana yang anda ingini untuk memastikan kadar penemuan yang tertinggi. Kami juga mengesyorkan imbasan keseluruhan cakera, bukan sahaja pada partisyen data yang hilang, jika anda bleum hilang keseluruhan partisyen Linux sebelum pemulihan, setentunya. Menjalankan satu Pemulihan Bersatu

Atau Pilih satu Kaedah Pemulihan Spesifik

Terdapat juga satu kaedah alternative pemulihan cakera keras Linux. Disk Drill juga merupakan satu alat yang baik untuk pakar komputer, dan menawarkan satu Edisi Enterprise bagi pengguna bertahap premium. Ini bermakna, jika anda mengetahui kaedah-kaedah kami yang berbeza kaedah pemulihan, anda mungkin boleh memasuki lebih mendalam untuk mendapatkan lebih kawalan granular proses pemulihan itu. Teruskan dan klik ikon “gear” - ⚙️ - sebelah butang “Memulihkan” bersatu (ia akan kelihatan seperti anak panah jika anda menggunakan Disk Drill bagi Windows). Ini akan memaparkan menu di mana anda boleh mengenalpasti kaedah pemulihan yang ingin dijalankan secara tepat: Quick atau Deep Scan, Partition Search dan lain-lain. Memandangkan Disk Drill 3.0, Quick Scan juga boleh memulihkan fail Linux yang telah hilang dari partisyen EXT4 baru-baru ini.

Nota: Memperuntukkan Data Yang Sedia Ada hanya boleh didapati dari menu ini, dan tidak termasuk imbasan bersatu. Kaedah ini melibatkan algoritma dalaman Disk Drill untuk cuba membaca data yang sedia ada dengan memintas ciri-ciri akses sistem cakera dan berfungsi dengan baik untuk partisyen yang kerap rosak. Sekarang anda boleh teruskan dengan kaedah yang telah dipilih. Pilih satu Kaedah Pemulihan yang Spesifik

Pertimbangkan Perlindungan Data Disk Drill

Teknologi Peti Besi Pemulihan Disk Drill dan Pemulihan Terjamin masih belum ada bagi cakera keras Linux. Walau bagaimanapun, jika anda memasang Disk Drill di PC Mac atau Windows, kami mengesyorkan mengaktifkan ciri-ciri perlindungan data dan pemantauan kesihatan cakera secara S.M.A.R.T. Ciri-ciri ini membantu meminimakan risiko kehilangan data tidak sengaja dan mempunyai peluang baik untuk mempertingkatkan ketahanan cakera anda.
Perlindungan Terlebih Dahulu bagi Foto dan Muzik

Preview Menemui Data dan Memulihkan

Apa-apa pemulihan data bermula dengan satu imbasan. Jika anda melakukan pemulihan RAID Linux atau pemulihan fail biasa, langkah pertama ialah memastikan data anda masih ada di sana dan boleh dipulihkan tanpa mengambil peranti anda ke makmal. Sebaik sahaja anda dapat melihat data setelah menjalankan pemulihan bersatu Disk Drill atau memilih sesuatu algoritma tertentu yang tidak terpadam, anda biasanya dapat mengesahkan bahawa data masih boleh dipulihkan dengan menjalankan preview fail yang telah disenaraikan oleh Disk Drill. Jika anda sudah pun memiliki Disk Drill PRO, anda mempunyai pilihan yang lebih mudah dengan melancarkan semua keputusan imbasan secara langsung sebagai satu cakera yang berasingan. Ini akan memberikan anda lebih kebebasan dalam menjalankan pengesahan anda dalam satu window Finder yang anda sudah biasa, dan menguruskan item-item anda yang boleh dipulihkan, tekan butang Memulihkan buat kali terakhir, mengesahkan destinasi, dan berikan masa beberapa minit untuk menyelesaikan pemulihan dan pembinaan semula data Linux anda. Preview Data yang Ditemui dan Memulihkannya

Gunakan Deep Scan untuk Membina Semula dari Kepingan

Walaupun tiada Disk Drill bagi Linux sekarang, pilihan pemulihan yang sedia ada adalah lebih dari cukup bagi memastikan kejayaan. Semasaa Deep Scan menganalisa cakera Linux, ia dianggap sebagai satu entity binari tunggal, dan kecuali ia disulitkan, sistem fail yang mana ia dipartisyenkan adalah tidak penting bagi Disk Drill. Apabila Disk Drill mengenalpasti tandatangan fail dari pangkalan datanya, pelbagai format fail adalah dipulihkan dengan cepat dan mudah: foto, dokumen, arkib, filem dan lain-lain.
Disk Drill 3
Pulihkan fail terpadam Linux anda!
  • 10+ Juta
    JUMLAH MUAT TURUN
  • 500,000+
    PELANGGAN PRO
  • PENGGUNA BUSINESS & HOME
    dalam 150+ negara

Beratus-ratus berkongsi kejayaan mereka mengenai Disk Drill

  • djsumpter
    Terima kasih kerana produk "Disk Drill" anda yang hebat ini. Saya memasangnya pada Windows XP dan telah menggunakannya untuk memulihkan data dari pemacu NTFS yang tidak sengaja diformat.
  • «Disk Drill adalah program pemulihan fail percuma yang hebat, kedua-duanya kerana pelbagai fungsi kebaikan dan antara muka yang sangat mudah untuk digunakan itu.» Oleh Tim Fisher