RAID dijelaskan

Dengan perkembangan pesat dalam teknologi komputer serta peningkatan permintaan untuk storan data yang selamat dan boleh dipercayai, teknologi RAID telah menjadi satu penyelesaian storan fail yang diiktiraf. RAID adalah singkatan bagi Redundant Array of Inexpensive disks.

Apakah RAID?
Memulihkan fail-fail terpadam
?

RAID merupakan teknologi yang memberikan lebih kapasiti storan dengan kelajuan yang tinggi, toleransi terhadap kesalahan dan yang berlebihan dengan menggabungkan beberapa cakera keras dan melayan mereka sebagai satu unit storan tunggal yang logikal. Toleransi terhadap kesalahan bererti keupayaan sesuatu sistem untuk meneruskan fungsinya seperti yang diharapkan sungguh pun satu atau lebih cakera keras gagal atau sebaliknya menghasilkan suatu ralat (kesalahan). Data disalin merentasi beberapa cakera keras dan sekiranya terdapat kegagalan data, kehilangan dapat dielakkan. Tambahan lagi, dengan adanya lebih gabungan cakera keras, keseluruhan sistem akan bermanfaat dengan peningkatan kecekapan serta prestasi.

RAID pada asalnya dihasilkan bagi server untuk mewujudkan storan yang besar dengan kos rendah dan dengan cepatnya ia menjadi popular di kalangan pengguna di rumah atas beberapa sebab termasuk storan awan peribadi buat sendiri serta di pusat-pusat media rumah.

Jenis-jenis RAID yang berbeza

Terdapat beberapa jenis RAID dan setiap konfigurasi mempunyai kelebihan dan kelemahan yang ketara. Jenis pelbagai RAID juga telah memberi kesan yang drastic terhadap hasil pemulihan data serta kebarangkalian kejayaan pemuilhan fail. Marilah kita membincang mengenai jenis RAID berbeza bagi memahaminya dengan lebih baik. Ini adalah jenis-jenis RAID yang biasa: RAID 0, RAID 1, RAID 5 dan RAID 10 (Kombinasi RAID 1 dan RAID 0).

RAID 0

Ini juga dikenali sebagai satu set stripe atau volume stripe. Ia khusus dibuat bagi mereka yang ingin kapasiti tinggi dan prestasi laju. Biasanya RAID 0 tidak disyorkan kepada mereka yang ingin keselamatan data kerana kekurangan redundansi. Oleh yang demikian, ia tidak dianggap sebagai RAID yang ‘benar’. Ia menggabungkan dua cakera keras lebih baik jika mereka bersamaan saiz serta kelajuan untuik membentuk satu volume logikal tunggal. Ini membolehkannya mendapat markah tinggi bagi kapasiti oleh kerana hasil “cakera keras” boleh mencapai dua kali kapasitinya. Sebaik sahaja ia dipasangkan, data akan ditulis semula bagi kedua-dua cakera keras pada masa yang sama, maka menggandakan pergerakan data dalam storan. Untuk konfigurasi RAID 0, anda boleh menggunakan keseluruhan kapasiti kedua-dua cakera keras tersebut. Jika anda menggunakan dua cakera 4TB, sistem ini hanya melihat satu cakera yang mempunya ruang sebanyak 8TB. Kelemahan RAID 0 yang paling ketara adalah ia tidak memberi toleransi kesalahan atau redundansi. Jika satu cakera keras mengalami masalah atau menjadi rosak, keseluruhan data akan hilang.

RAID 0

RAID 1

Ia juga dikenali sebagai mencerminkan, ini adalah tahap ‘sebenar’ pertama RAID dan ia mencapai redundansi serta kelematan data dengan mereplikasi atau pengklonan data di seluruh dua cakera keras secara berterusan dengan cara yang mewujudkan satu sandaran yang lengkap sehingga data yang terakhir. Semua data disalin serentak ke setiap cakera dan ini bermakna kebarangkalian kehilangan akan berkurangan. Kedua-dua cakera akan dibuat pengklonan, jika satu cakera gagal atau semakin rosak yang satu lagi mempunyai data replikasi lengkap dan ia boleh dipulihkan atau pun bertukar servis serta-merta tanpa pergerakan data. Menambahkan cakera keras tidak akan menambahkan lebih kapasiti tetapi hanya menambahkan redundansi. Tetapi malangnya, bagi kapasiti anda hanya boleh menggunakan separuh dari kapasiti yang terdapat disebabkan cakera yang satu lagi digunakan untuk mereplikasi data.

RAID 1

RAID 5

Ini adalah jenis RAID yang paling popular. Ia lebih berkesan dalam mencapai kapasiti optima dan redundansi. RAID 5 melingkupi striping tahap blok dengan pengedaran secara pariti. Ia mengandungi satu sistem checksums yang dikenali sebagai pariti. Sekiranya satu cakera rosak bacaan yang seterusnya boleh dikira dari pariti yang diedarkan dalam cakera-cakera yang lain maka tiada data akan hilang. RAID 5 memerlukan sekurang-kurangnya 4 cakera demi mencapai kapasiti dan prestasi yang sesuai. Satu cakera keras tunggal mengumpulkan data parity. Sekiranya satu cakera rosak, RAID boleh dibina semula dan semua data dipulihkan. Apa yang anda perlu lakukan ialah tambah satu cakera keras bagi melengkapkan kepelbagainan itu dan memulakan pemulihan. Proses ini mungkin mengambil masa yang agak lama tetapi ia merupakan pilihan yang lebih selamat dari segi redundansi dan kapasiti.

RAID 5

RAID 10

Jenis kepelbagaian RAID ini menggabungkan kelebihan kedua-dua RAID 1 dan RAID 0. Secara amnya, ia menggabungkan penambahan kapisiti dan toleransi kesalahan kepada satu penyelesaian tunggal. Anda akan mencapai prestasi dan kapasiti dua kali lebih. Ini amat bagus bagi prestasi serta ruang dan pada masa yang sama mengekalkan bajet.

RAID 10

Sebab biasa kegagalan RAID

Sistem-sistem RAID pada amnya boleh dikatakan satu pilihan yang boleh dipercayai dan selamat bagi menguruskan dan mengakses data. Walau bagaimanapun, kadang-kala ia terdedah kepada kegagalan seperti peranti perkakasan yang lain dan ini mungkin akan menyebabkan kehilangan data yang dahsyat. Kesan akibatnya adalah lebih serius jika fail penting tidak disandarkan terlebih dahulu. Harus diingati bahawa RAID bukan satu alternatif bagi sandaran dan konfigurasi kepelbagaian RAID yang paling selamat pun boleh gagal. Dengan peringatan ini, adalah penting untuk menyandarkan data anda secara berterusan. RAID mungkin akan gagal kerana beberapa sebab yang termasuk:

  1. Kegagalan pengawal RAID
    Pengawal RAID mungkin gagal disebabkan satu lonjatan tenaga yang dahsyat yang boleh menggagalkan NVRAM, merosakkan partisyen cakera keras atau merosakkan memori boot yang menyebabkannya mustahil untuk boot atau mengakses data anda.
  2. Kegagalan membina semula cakera keras
    Apabila sesuatu cakera RAID telah digantikan dan ralat membina semula RAID telah berlaku, ini akan menghalang anda dari mengakses fail anda atau pun keseluruhan kepelbagaian RAID.
  3. Server terhempas
    Hos mesin kepelbagaian RAID anda mungkin akan terhempas atau gagal dan mengakibatkan pengawal RAID rosak dan menjadikan data tidak boleh diakses.
  4. Kegagalan pelbagai cakera
    Hos mesin kepelbagaian RAID anda mungkin terhempas atau gagal dan mengakibatkan pengawal RAID rosak dan kegagalan cakera keras di antaranya yang mungkin menjadikan kepelbagaian terdedah kepada kegagalan cakera pada masa depan yang menyebabkan kemerosotan sistem. Penggunaan kepelbagaian cakera yang lemah akan menambahkan kebarangkalian kegagalan yang lebih teruk dan membuat data anda tidak boleh diakses.

Apa yang harus dibuat apabila mengalami kegagalan RAID?

Jadi kini anda mengalami kegagalan RAID, apakah langkah seterusnya yang harus diambil? Anda perlu cuba pemulihan RAID untuk mendapatkan semula data anda. Secara amnya, langkah yang paling selamat pada tahap ini ialah berhenti menggunakan kepelbagaian dan menilai tahap kerosakkan pada kepelbagaian RAID anda. Sesungguhnya secara amnya anda disyorkan untuk memperbaiki dan mengganti kepelgaiaan yang diperlukan, pemulihan juga merupakan satu pilihan.

Terdapat beberapa penyelesaian yang mungkin membantu anda memulihkan data RAID. Terdapat pelbagai alat Windows bagi RAID yang boleh membantu anda memulihkan data RAID 0 yang telah rosak atau hilang.

Pemulihan RAID 0

Pmulihan data RAID 0 boleh dicapai melalui kaedah-kaedah berikut:

Pemulihan RAID 0 automatik. Kaedah ini memerlukan anda putuskan sambungan ke cakera keras dan plag ke dalam PC dan kemudian menggunakan alat pemulihan perisian RAID 0 Ia adalah satu kaedah yang mudah yang tidak memerlukan tahap kebolehan yang tinggi. Terdapat banyak alat pemulihan perisian data RAID 0 termasuk alat proprietari serta yang percuma. Setiap perisian pemulihan mungkin menggunakan pilihan yang berbeza tetapi konsep secara amnya adalah sama:

  • Putus sambungan cakera keras dari pengawal RAID
  • Sambungkan mereka ke PC satu demi satu
  • Lancarkan perisian pemulihan RAID 0 untuk membaca konfigurasi kepelbagaian
  • Bagi kepada pengawal konfigurasi kepelbagaian yang telah dipulihkan
Pemulihan RAID Percuma ReclaiMe

Kadang-kala pilihan yang terbaik ialah pilihan yang paling mudah. Disk Drill bagi Windows adalah alat pemulihan yang popular yang berupaya memulihkan data dari cakera-cakera individu RAID. Disk Drill adalah app Windows yang serasi dengan Windows 7/8/10 dan versi Windows lain yang moden. Walau pun Disk Drill tidak akan membaiki atau memulihkan kepelbagaian sepenuhnya pada ketika ini, ia boleh memulihkan fail-fail individu RAID 5 dari setiap cakera pada kepelbagaian yang rosak. Bergantung kepada konfigurasi kepelbagaian anda, ini mungkin membenarkan pemulihan fail yang agak banyak walau pun tidak boleh membaiki keseluruhan kepelbagaian.

Pemulihan RAID 1

Adalah mungkin untuk memulihkan data dari kepelbagaian RAID 1 selepas mengformat atau memadamkan cakera keras. Dalam sesuatu tetapan kepelbagaian RAID 1, data boleh hilang akibat kerosakan mekanikal cakera keras, kegagalan cakera atau pemadaman tidak sengaja. Anda masih boleh memulihkan data dari semua senario di atas kecuali disebabkan oleh kerosakan fizikal.

Bagi pemulihan Raid 1, anda memerlukan perisian seperti dalam memulihkan RAID 0.
Prosedur asas bagi pemulihan dari cakera dan kepelbagaian RAID 1 melibatkan 3 langkah-langkah asas:

  • Lancarkan perisian
  • Imbaskan cakera keras
  • Memulihkan fail dengan menggunakan perisian dan sandarkan mereka

Pemulihan RAID 5

Pemulihan Data RAID 5 adalah sama seperti RAID 0, pemulihan RAID 1, kebarangkalian adalah berbeza tetapi terdapat satu langkah tambahan yang spesifik bagi RAID 5. Kaedah terbaik bagi pemulihan data RAID 5 ialah membina semula kepelbagaian cakeranya dahulu.

Satu alat popular untuk pemulihan dari kegagalan RAID adalah: Pemulihan Stellar Phoenix RAID. Terdapat agak banyak kelebihan dan kelemahan dalam perisian ini yang merangkumi lebih dari skop artikel ini, walau bagaimanapun, apa yang penting ialah kebarangkalian kejayaan semua alat pemulihan RAID akhirnya bergantung kepada status asal cakera dan sejauh mana kerosakannya, sekiranya pelbagai cakera dalam kepelbagaian adalah rosak, pemulihan tidak sangat mungkin bagi kebanyakan jenis kepelbagaian RAID.

Pemulihan RAID Stellar Phoenix

Alat-alat Pemulihan Popular RAID

Di bawah adalah 10 perkhidmatan pemulihan RAID yang terkemukan yang diiktirafkan oleh para pengguna online. Walau pun kita tidak menilai setiap alat secara individu (buat masa ini), mereka adalah alat-alat yang paling biasa digunakan bagi pemulihan RAID lengkap atau pun sebahagian (Cakera tunggal).

  1. Disk Drill
  2. EaseUS
  3. Ontrack Easy recovery
  4. DoYourData
  5. R-studio
  6. Amigabit Data recovery
  7. Icare Data recovery
  8. Stellar Phoenix
  9. Secure recovery
  10. Bit Recover

Kadang-kala pilihan yang terbaik ialah pilihan yang paling mudah. Disk Drill bagi Windows adalah alat pemulihan yang popular yang berupaya memulihkan data dari cakera-cakera individu RAID. Disk Drill adalah app Windows yang serasi dengan Windows 7/8/10 dan versi Windows lain yang moden. Walau pun Disk Drill tidak akan membaiki atau memulihkan kepelbagaian sepenuhnya pada ketika ini, ia boleh memulihkan fail-fail individu RAID 5 dari setiap cakera pada kepelbagaian yang rosak. Bergantung kepada konfigurasi kepelbagaian anda, ini mungkin membenarkan pemulihan fail yang agak banyak walau pun tidak boleh membaiki keseluruhan kepelbagaian.

Memulihkan fail-fail terpadam di Windows dengan perisian pemulihan fail terbaik

Mengetahui bagaimana memulihkan fail-fail terpadam

Universiti pemulihan cakera

Mengetahui bagaimana Disk Drill membantu orang lain

Diguna oleh syarikat terkenal di dunia