Memulihkan Data dan Muzik iPod yang Hilang

Jika anda perlu memulihkan data iPod kerana anda telah hilang muzik atau video, anda telah datang ke tempat yang betul. Dengan Disk Drill, pemulihan data iPod bagi Mac amatlah mudah sekali. Sama ada iPod anda tidak dapat dilancarkan atau anda telah menulis semula fail dengan tidak sengaja, Disk Drill boleh juga membantu iPod Sentuhan dan iPod Klasik yang berasaskan iOS.

iPod
Memulihkan Data dan Muzik iPod yang Hilang
?

Adalah mudah untuk lupa bahawa setiap peranti yang dibuat oleh manusia – walaupun satu yang sebaik iPod Apple – mempunyai kelemahannya. Ia berfungsi baik satu hari. Keesokan harinya ia tidak boleh boot tanpa pemulihan keseluruhan sistem. Atau mungkin seorang rakan dengan tidak sengaja menyelegerakan iPod anda dengan komputernya. Hanya dengan dua klik tetikus anda boleh kehilangan muzik dan tetapan anda yang berharga.

Membuat fail sandaran dengan kerap adalah penting (seperti yang diberitahu) tetapi anda tidak membuatnya, dan sekarang anda berada di sini. Nasib baik ia bukan sesuatu yang tiada harapan. Dengan menggunakan Disk Drill, perisian pemulihan data iPod bagi Mac OS X, amatlah mudah sekali untuk memulihkan lagu dan video yang telah terpadam baru-baru ini. Bacalah seterusnya untuk mendapatkan gambaran keseluruhan dengan cepat. Untuk tutorial terperinci, lihat Bagaimana Pasang Disk Drill dan Bagaimana Memulihkan Fail Hilang dengan Disk Drill Basic di CleverFiles Pangkalan Data Pengetahuan.

P.S. MUSTAHAK: Bermula dengan Disk Drill 3, peranti Sentuhan iPod yang berasaskan iOS juga disokong bagi pemulihan data. Walaupun proses pemulihan bagi iPod bukan iOS sentuhan atau klasik, Disk Drill berusaha untuk memastikan kadar pemulihan tertinggi yang mungkin. Maka, pada masa ini anda boleh memulihkan data iPod dari iPod Sentuhan, Klasik, Nano, Shuffle dan Mini.

#1 Muat Turun dan Pasang Disk Drill

Dapatkan pengeluaran terbaru Disk Drill Basic dan pasangkan di computer Mac OS X (atau macOS) anda. Hanya perlu seret aplikasi dari DMG yang telah dimuat turun ke folder Aplikasi anda. Sebagai pilihan, seret ikon Disk Drill ke Dok anda serta untuk akses yang mudah. Selepas itu pemulihan data iPod di Mac anda bersedia untuk bermula.

  • Muat Turun Disk Drill
    1

    Muat Turun Disk Drill

  • Seret ke Folder Aplikasi
    2

    Pasang app pemulihan iPhone kami

  • Lancarkan Disk Drill
    3

    Bermula untuk memulihkan

#2 Pilih iPod Anda di Gambaran Keseluruhan Pemacu

Sambungkan iPod anda ke computer anda. Sebaik sahaja Disk Drill dilancarkan, anda akan diberikan satu senarai semua media storan yang boleh dikesan. iPod anda akan dikenal pasti secara automatik. Klik nama disk di iPod anda.

Jika anda ingin membuat pemulihan dari iPod klasik anda, pastikan anda telah “Menguruskan muzik dan video secara manual” disemak di iTunes. Bagi iPod Sentuhan, cari di kumpulan “peranti iOS (USB, Wi-Fi)”.

#3 Imbas iPod untuk Memulihkan Fail-Fail Terpadam

Bagi pemulihan data iPod, klik butang Pemulihan sebelah nama disk iPod anda. Satu bar kemajuan akan dipaparkan sementara Disk Drill mencari-cari iPod anda untuk menyelamatkan fail-fail. Ingat bahawa peluang pemulihan sepenuhnya akan menjadi rendah jika sudah terlalu lama dan dengan penggunaan iPod anda secara aktif, maka pulihkanlah fail terpadam anda secepat mungkin. Disk Drill melayan iPod anda sebagai satu disk bagi model yang lebih lama, dan ia membolehkan pemulihan data iOS bagi iPod sentuhan yang lebihh baru. Ini akan memberi kesan terhadap cara memapar data yang boleh dipulihkan.

Imbas iPod untuk Memulihkan Fail Terpadam

#4 iPod_Control...apa?

Setelah mengimbas iPod anda, Disk Drill akan memaparkan satu senarai fail yang dapat dipulihkan. iPod Klasik menggunakan satu struktur data yang agak pelik, tetapi file yang anda ingini adalah mudah dicari jika anda tahu di mana untuk mencarinya. Bagi fail pilihan dan metadata, secara umumnya anda boleh mencari di iPod_Control > iTunes > iTunes Library.itlp,walaupun jalan tepat folder tersebut mungkin berbeza sedikit bergantung kepada model iPod anda.

#5 Memulihkan Muzik dari iPod

Sekali lagi, bagi iPod klasik, muzik anda berada di iPod_Control > Muzik. Anda boleh cuba memulihkan keseluruhan folder Muzik tersebut, atau memilih MP3 secara individu. Sila ambil perhatian karya seni muzik anda disimpan di lokasi berberza, di iPod_Control > Karya Seni.

Memulihkan Muzik dari iPod

#6 Memulihkan Video dari iPod

Bagi iPod moden, video yang dapat dipulihkan disenaraikan di folder yang sepadan di antara keputusan imbasan yang lain. Pilih apa yang anda sedang cari, atau memulihkan semua video dari iPod Sentuhan anda.

#7 Preview dan Selesaikan Pemulihan iPod

Akhirnya, dan terima kasih kerana anda sampai di sini, klik ikon “mata” sebelah setiap nama file untuk dipreview. Anda diperlukan untuk preview setiap lagu atau video secara keseluruhannya untuk memastikan ia boleh dipulihkan. Setelah anda telah memilih fail dan folder di iPod yang anda ingin pulihkan, klik butang Memulihkan. Anda akan dihalakan ke upgrade ke Disk Drill PRO demi memulihkan data iPod, jika anda belum membuat demikian. Setelah upgrade selesai, anda boleh menyelesaikan proses pemulihan data iPod di Mac anda.

Jadi, kenapa tunggu lagi? Muat turun Disk Drill, perisian pemulihan data iPod terbaik, secara percuma hari ini!

Bagaimana mengimbas dengan mendalam data anda yang hilang dari peranti storan

Deep Scan merupakan algoritma pemulihan data yang paling tidak tepat dari segi teknikal, walau bagaimanapun, ia adalah satu-satunya yang berkesan untuk cakera dan partisyen yang telah diformatkan. Data anda mungkin diratakan sehingga beribu-ribu cebisan di seluruh permukaan cakera keras, sekiranya jadual sistem fail anda telah hilang, hanya Deep Scan yang dapat membina semula entiti binary. Disk Drill Deep Scan mengetahui lebih dari 200 format fail dan bertambah pada setiap pengeluaran yang dikemaskini.

Pemulihan muzik dan video iPod tanpa usaha

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pemulihan data?

Bagaimana saya boleh memulihkan cakera hilang?

Buzz kehidupan sebenar mengenai Disk Drill

Diguna oleh syarikat terkenal di dunia