Cara Memulihkan Data dari Cakera Keras yang telh Diformatkan di Mac OS X

Ini boleh berlaku. Anda format semula sesuatu cakera dan tiba-tiba sedar bahawa anda mempunyai satu fail kritikal di dalamnya yang belum disandarkan di mana-mana. Tetapi jangan putus asa – Disk Drill boleh membantu.

Cakera Keras pada Mac OS X
Cara Memulihkan Data dari Cakera Keras yang telh Diformatkan di Mac OS X
?

Asalkan anda tidak memilih pilihan “penyingkiran yang selamat”, data lama anda akan kekal di cakera anda sehingga ia telah ditulis semula. Maka, pemulihan cakera keras yang telah diformatkan di Mac masih mempunyai peluang! Disk Drill akan mengimbas cakera anda dan mencari fail tidak kelihatan yang belum dipadamkan.

Ia sebenarnya agak mudah untuk memulihkan cakera keras yang telah diformatkan di Mac. Hanya perlu muat turun perisian Disk Drill Basic yang percuma, imbas cakera dan semak fail. JIka anda dapat mencari fail, baguslah! Anda boleh teruskan dengan pemulihan itu. Jika tidak, apa yang perlu dibuat ialah hanya meluangkan masa beberapa minit.

#1 Sebelum Anda Bermula

Sambungkan cakera itu ke Mac anda (jika ia adalah cakera luaran atau kad memori). Jika ia adalah cakera keras dalaman yang telah diformatkan, pertimbangkan penggunaan Target Disk Mode atau Mod Mudah Alih Disk Drill untuk meningkatkan peluang pemulihan data di cakera keras Mac anda yang telah diformatkan. Anda juga boleh mencipta satu cakera yang boleh diboot bagi pemulihan data dengan Disk Drill di Mac yang lain untuk memulihkan sistem cakera keras yang telah diformatkan.

  • Muat Turun Disk Drill
    1

    Muat Turun Disk Drill

  • Seret ke Folder Aplikasi
    2

    Seret ke Folder Aplikasi

  • Lancarkan Disk Drill
    3

    Lancarkan Disk Drill

#2 Muat turun dan Pasang Disk Drill

Muat turun app Disk Drill Basic. Ikutilah arahan pemasangan dan lancarkan app tersebut. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, Disk Drill Basic adalah sepenuhnya percuma dan membolehkan anda mengimbas cakera dan preview fail-fail.

#3 Mengimbas Cakera Anda untuk Data yang Hilang

Sebaik sahaja app Disk Drill dilancarkan, ia akan memaparkan satu senarai cakera yang terdapat bagi imbasan. Anda harus memilih keseluruhan cakera (dan bukannya salah satu partisyen individu). Ini akan memastikan Disk Drill mengimbas ruang kosng cakera di mana fail lama anda masih wujud. Klik butang “Memulihkan” dan tunggu sampai imbasan selesai.

#4 Pemulihan Data yang telah Diformatkan

Sebaik sahaja imbasan selesai, anda boleh semak fail-fail yang ditemui. Pastikan anda memeriksa fail-fail dengan teliti sebab nama betul fail mungkin tidak boleh dipulihkan. Anda boleh tapis fail mengikut jenis fail dan saiz bagi menyempitkan carian anda. Jika anda menemui fail yang diperlukan, pilihkannya dan klik butang “Memulihkan” untuk teruskan.

Disk Drill merupakan pilihan terbaik untuk pemulihan data dari cakera keras yang telah diformatkan di OS X

Disk Drill menawarkan ciri Deep Scan bagi kes yang nampaknya tiada harapan. App ini akan mengimbas melalui data mentah di cakera anda tidak kira sama ada ia FAT, NTFS, atau lain-lain. Disk Drill bekerja melalui struktur fail yang masih tinggal dan menjadikannya kepada satu kepingan tunggal. Sebaik sahaja ia menemui satu fail tandatangan, fail boleh dipulihkan dengan lebih cepat: XLS, DOC, AVI, MP4, JPG, dan lain-lain kesemuanya disokong olehnya.

Memastikan data penting anda dilindungi!

Dapatkan Lebih Artikel Mengenai Bagaimana Untuk Di Sini

Lebih lanjut mengenai pemulihan data

Apa yang dikatakan oleh orang lain mengenai Disk Drill

Diguna oleh syarikat terkenal di dunia