Bagaimana Memulihkan Kehilangan Data yang telah Hilang di OS X Mavericks

Adakah kemaskini Mavericks telah memadamkan data anda di cakera luaran WD, Hitachi, Seagate atau LaCie? Disk Drill boleh menangani kehilangan data di OS X Mavericks dengan baik dan akan menyelamatkan data anda dalam masa beberapa minit.

Pemacu luaran
Bagaimana Memulihkan Kehilangan Data yang telah Hilang di OS X Mavericks
?

Terdapat pengguna Mac yang telah melaporkan mengenai isu kehilangan data selepas memasang OS X 10.9. Senario yang paling biasa adalah seperti berikut:

  • Anda mempunyai satu cakera keras luaran yang berfungsi (tidak semestinya Western Digital — jenama-jenama lain seperti Seagate, Hitachi and LaCie juga telah terjejas)
  • Anda mempunyai aplikasi perisian Western Digital (WD) yang dipasang kepada Mac anda sebelum dikemaskinikan, seperti WD Drive Manager, WD Raid Manager atau WD SmartWare (jika anda pernah ada cakera Western Digital, perisian ini mungkin telah pun dipasang tetapi anda tidak mengetahuinya)
  • Anda telah kemaskinikan ke Mavericks dan sekaranga anda tidak boleh akses cakera luaran anda dan/atau apabila anda membuka cakera itu ia kelihatan kosong

Anda boleh membaca pernyataan rasmi Western Digital mengenai isu kehilangan data Mavericks OS X ini, tidak lagi boleh diakses, dan forum Apple Support tentang kemaskini Mavericks OS X yang merosakkan data, di sini. Berita baik ialah anda tidak perlu panik: data anda mungkin masih di sana dan belum lagi hilang! Disk Drill dapat membantu anda memulihkan fail terpadam selepas kemaskini Mavericks OS X.

#1 Jangan Gunakan Cakera ini

Jangan cuba simpan apa-apa di cakera, format semulanya, atau melakukan apa-apa lagi yang mungkin kehilangan data sebenar secara tidak sengaja. Cabut plag sehingga anda bersedia untuk mengimbasnya dengan menggunakan Disk Drill.

#2 Nyahpasang Perisian WD

Gunakan Uninstaller Western Digital untuk nyahpasang apa-apa kepingan perisian WD yang mungkin mengintai Mac anda. Kemudian mula semula Mac anda. Western Digial juga mengesyorkan membuka satu tiket sokongan dengan mereka dan Apple untuk membantu dokumen seberapa kehilangan data cakera semasa kemaskini Mavericks OS X.

#3 Pasang Disk Drill

Muat turun app Disk Drill Basic percuma. Jika anda memerlukan bantuan, ikutilah tutorial kami mengenai cara untuk muat turun dan pasang Disk Drill.

  • Muat Turun Disk Drill
    1

    Muat Turun Disk Drill

  • Seret ke Folder Aplikasi
    2

    Seret ke Folder Aplikasi

  • Lancarkan Disk Drill
    3

    Lancarkan Disk Drill

#4 Bersedia untuk Memindahkan Fail

Apabila Disk Drill memulihkan fail anda, kami mengesyorkan anda simpan fail tersebut di satu cakera yang berasingan. Jadi anda memerlukan ruang yang mencukupi di cakera dalaman Mac anda, atau sambungkan ke cakera luaran kedua untuk memulihkan fail ke dalamnya.

#5 Sambungkan Cakera Luaran

Sambungkan cakera keras anda yang telah rosak semasa kemaskini Mavericks ke Mac anda. Sambungkan cakera kedua untuk salin fail, jika diperlukan. Seterusnya, lancarkan app Disk Drill.

Sambungkan Cakera Luaran

#6 Pilih Cakera

Sebaik sahaja Disk Drill dilancarkan, satu senarai cakera yang ada akan dipaparkan. Klik nama cakera keras luaran anda yang rosak dan memilihkannya. Sekarang, pilih satu pilihan imbasan. Besar kemungkinan partisyen hilang itu mempunyai nama yang generik dan bukannya namanya yang betul yang digunakan sebelum kehilangan data. Jika butang yang berada di sebelah kanan partisyen menunjukkan “Membina Semula” ia bermakna bahawa cakera ini tidak dilancarkan dengan betul. Klik “Membina Semula” untuk membina semula direktori anda dan lancarkan cakera. Ia akan secara automatiknya menyelesaikan Quick Scan di cakera. Jika butang di sebelah nama cakera menunjukkan “Memulihkan” ia bermakna bahawa pelancaran cakera anda adalah OK. Dalam kes sebegini, anda boleh teruskan ke imbasan. Hanya klik anak panah drop-down bersebelahan “Memulihkan” dan pilih “Quick Scan”.

#7 Kajian Semula Data Yang Ditemui

Sebaik sahaja Disk Drill telah selesai mengimbas, ia akan memaparkan semua fail yang telah ditemui. Kaji semula fail-fail tersebut untuk memastikan bahawa semua data anda ada di situ. Jika anda belum membuat apa-apa percubaan untuk membaiki cakera anda sejak kemaskini Mavericks, kami menjangka bahawa semua fail anda masih dalam kedudukan yang baik. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan anda preview fail-fail utama (dengan mengklikkan ikon “mata” bersebelahan nama fail itu) untuk memastikan ia tidak rosak. Dan sekiranya anda membuat percubaan menyelamatkan sebelum menggunakan Disk Drill, maka anda seharusnya preview fail anda.

#8 Kemaskini dan Memulihkan

Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti fail anda dan memastikannya tidak rosak, anda bersedia untuk kemaskini ke Disk Drill PRO dan memulihkan fail anda. Sila ikuti Tutorial Kemaskini dan kenudiannya beralih ke Bagaimana Memulihkan Fail dengan Disk Drill PRO. Pastikan anda menggunakan kod kupon MVRCK-UPD-DDTW sebanyak 20% apabila membuat pembelian.

Disk Drill adalah amat serius dalam pemulihan data OS X

Disk Drill akan menggali mendalam secara terperinci dengan adanya ciri-ciri Deep Scan bagi kes di mana hampir tiada lagi struktur fail yang masih tinggal. App ini akan mengimbas data mentah di cakera keras anda (FAT, NTFS, atau yang lain). Disk Drill mencari tandatangan binari fail pecahan yang berfungsi dan menjadikannyasatu struktur tunggal. Sebaik sahaja sesuatu tandatangan fail yang dicari telah dikenal pasti, ia adalah lebih mudah untuk memulihkan fail seperti XLS, DOC, AVI, MP4, JPG, dan lain-lain.

Lindungilah fail penting anda sekarang!

Lebih Lanjut Mengenai Arahan Bagaimana Untuk

Universiti pemulihan data

Apa yang dikatakan oleh para pengguna dan pakar perisian

Diguna oleh syarikat terkenal di dunia